Thursday, July 19, 2012

PENGAJIAN DIPLOMA



Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Pengajian Diploma kepada para pelajar lepasan SPM. Dibawah ini adalah maklumat lanjut bagi para pelajar yang ingin memohon.

SENARAI KURSUS

Sila klik pada menu pautan dibawah untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan bagi Pengajian Diploma.

SYARAT AM KEMASUKAN

Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) kepujian 6C/Gred C termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

SYARAT KHAS KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA

Diploma Bahasa Inggeris
Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya 5C/Gred C+dalam mata pelajaran  Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
Diploma Muzik
Memenuhi Syarat Am dan
Lulus Ujian Khas dan temu duga.

Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan pada peringkat SPM

Diploma Sains

Mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mana-mana dua  (2) mata pelajaran berikut SPM :

1. Fizik
2. Kimia
3. Biologi
4. Matematik
5. Matematik Tambahan
6. Lukisan Kejuruteraan
7. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
8. Pengajian Kejuruteraan Awam
9. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

 dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Diploma Sains (Matematik)
Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mata pelajaran Matematik dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Diploma Teknologi Makmal

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurang 6C/Gred C dalam mana-mana dua (2) daripada mata pelajaran Matematik dan fizik/Kimia/Biologi dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

KALENDAR AKADEMIK

Sila klik pada pautan dibawah untuk melihat kalendar akademik bagi Pengajian Diploma.Kalendar Akademik

YURAN PENGAJIAN

Kadar Yuran Pengajian Tempatan
BidangKadar
Sains & TeknikalRM - (untuk 3 semester)
Bukan Sains & TeknikalRM - (untuk 3 semester)

PERMOHONAN

CARA MEMOHON

Calon Warganegara Malaysia
Pelajar-pelajar adalah dinasihati untuk memeriksa iklan-iklan dalam akhbar-akhbar utama Malaysia dan laman web Kementerian Pelajaran Tinggi serta laman web UPSI untuk kedua-dua pengambilan Jun dan November.
Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Kementerian Pengajian Tinggi : http://upu.mohe.gov.my (ambilan Jun) dan aplikasi dalam talian Universiti Pendidikan Sultan Idris : http://www.upsi.edu.my/online (ambilan November).

Pelajar-pelajar dikehendaki membeli :

UNIK ID DIPLOMA (ambilan Jun)
BITARA ID DIPLOMA (ambilan November)

ID tersebut boleh dibeli daripada Bank Simpanan National (BSN).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan : Akan Dimaklumkan

MAKLUMAT LANJUT

Timbalan Pendaftar Kanan (Akademik)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Telefon :605-450 6929/6932/6313
Faks : 605-4582670
http://akademik.upsi.edu.my

Permohonan Kemasukan ke UiTM Semester 2 2012/2013



Untuk makluman semua, permohonan online kemasukan pengambilan sesi akademik 2 2012/2013 akan dibuka bermula 2 Julai 2012 sehingga 26 Ogos 2012. Sila rujuk pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

http://online.uitm.edu.my/

Saturday, July 7, 2012

Pelanjutan Tempoh Permohonan Online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2013


Pelanjutan Tempoh Permohonan Online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2013


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2013 dilanjutkan sehingga 20 Julai 2012 (Jumaat). Borang permohonan yang telah lengkap diisi  hendaklah dicetak dan dikemukakan ke Bahagian Tajaan Pendidikan pada atau sebelum 27 Julai 2012 (Jumaat).

Terima kasih.

SURAT PERINGATAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT


SURAT PERINGATAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KHAS UNTUK PENYANDANG BAGI PPPS DAN PPPLD BAGI KES CICIR TAHUN 2004 HINGGA 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Salam Sejahtera,

Surat berkenaan sila rujuk lampiran di bawah :-
Muat turun
Surat Peringatan

Permohonan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani 2012 sebagai opsyen tambahan


Permohonan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani 2012 sebagai opsyen tambahan

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru mempelawa semua guru yang berminat untuk mengikuti Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani 2012 Anjuran KPM. Program ini akan dijalankan secara Kursus Dalam Perkhidmatan. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi url berikuthttp://apps.moe.gov.my/abpg/DAPJ2012/  pada atau sebelum 18 Julai 2012. Program akan dijalankan bermula 25 Julai 2012.

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2013/2014


PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2013/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawanghttp://www.moe.gov.my  atau http://www.moe.gov.my/bmkpm

Permohonan Jawatan Pensyarah Gred DG41/DG44(KUP)


Permohonan Jawatan Pensyarah
Gred DG41/DG44(KUP)
Ditulis oleh Siti Suraya binti Mohd Azhar    Rabu, 04 Julai 2012 00:00   PDFPrintE-mail

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan yang boleh

 dimuat turun di laman web Bahagian Matrikulasi mulai 15 Julai sehingga 31 Ogos 2012.


Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Matrikulasi KPM

 seperti alamat tertera di bawah.


Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 6&7, Blok E15
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E
62604 Putrajaya
(u.p: En Mustafa Kamil bin Mustafa)
Penolong Pengarah Perjawatan

Program Matrikulasi KPM



Aplikasi Permohonan Melalui Internet
(PMI) Program Matrikulasi KPM
Ditulis oleh Siti Suraya binti Mohd Azhar    Jumaat, 06 Julai 2012 09:37   PDFPrintE-mail
Bakal pelajar boleh membuat permohonan melalui pautan http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/